Tuesday, September 21, 2010

"User Testing Report"




UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF
SEMESTER 1 SESI 2010/2011

GKG 3013 REKABENTUK LAMAN WEB
 

“User Testing Report”



Nama: Shah Jhihan Bin Abdullah
No.matrik : 22260
Program: Teknologi Seni Reka (Seni reka Industri)

PENSYARAH:
Cik. Salmiah Bt. Abdul Hamid.




ISI KANDUNGAN

PERKARA   

Pengenalan.
1.    Konsep rekabentuk
2.    Pengalaman pengguna (User Experience)
3.    Permukaan design (Interface Design)
4.    Komen pengguna.
5.Masalah yang dihadapi.
Kesimpulan.


Pengenalan.
Laman web Kuching Design Week 2011 Festival yang berkonsepkan kepulauan Borneo ini dibuat adalah sebagai projek pertama untuk kursus GKG 3013 REKABENTUK LAMAN WEB yang perlu dibuat oleh setiap pelajar teknologi senireka. Laman web yang telah siap dibuat perlu membuat percubaan daripada pengguna. Setiap laman yang dibuat perlu di komen oleh pengguna untuk membuat laporan “user testing”. Oleh itu beberapa orang rakan telah dipilih sebagai pengguna yang akan memberi komen pada laman web yang telah dibuat.
Setiap pengguna perlu melihat pada setiap laman dan penggunaan link dan “interface” yang telah dibuat. Pengguna yang telah melihat setiap laman akan membuat komen pada laman web yang telah dibuat untuk memastikan web yang dibuat memenuhi ciri-ciri semertimana yang telah dipelajari.
Segala yang telah dibuat dalam laman web tersebut akan mendapat mendapat maklumbalas daripada pengguna yang telah menggunakannya. Dan seterusnya perojek rekabentuk laman web (Kuching Design Web 2011 Festival) ini akan dinilai oleh pensyarah yang akan memberi markah keseluruhan dalam setiap proses rekabentuk laman web yang telah dibuat, sepertimana yang dikehendaki oleh pensyarah.



1.   Konsep rekabentuk.
Dalam konsep rekabentuk, pengguna mengatakan bahawa konsep yang digunakan ini adalah untuk menunjukkan identiti negeri Sarawak dan kepulauan Borneo. Sepertimana yang dilihat pada rekabentuk laman web yang lain, laman web ini mempunyai kelainan dari segi penggunaan warna dan rekaletak gambar dan font.
            Setiap laman mempunyai “interface” yang sama hanya tajuk sahaja yang berbeza. Bagi bahagian “sponsors”, setiap logo pada web mempunyai link untuk melihat laman web “sponsors” tersebut. Bagi laman-laman yang lain hanyalah mempunyai gambar dan maklumat.
            Konsep yang sama digunakan pada setiap laman dan “interface” adalah konsisten dengan setiap laman untuk memudahkan pengguna membaca dan melihat gambar yang tertera.
            Manakala pada setiap text yang ada di dalam web ini boleh diedit semula apabila mahu membuat perubahan pada text atau maklumat yang berkaitan, dimana boleh ditambah atau dipadam jika diperlukan. Ini akan memudahkan lagi kerja apabila mahu mengubah gambar atau text, kita tidak perlu mengubah pada keseluruhan “interface”. Jumlah keseluruhan laman pada web ini ialah lapan paparan muka yang terdiri daripada, “HOME, PRESIDENT, STAFF BIOS, SPONSORS, WEB & BLOG, PHOTO GALLERIES, LOCATION MAP, CONTACT US”.

2.   Pengalaman pengguna (User Experience)
Melalui penggunaan laman web ini, pengguna akan mendapat informasi tentang Kuching Design Week 2011 Festival. Seterusnya pengguna akan membuat pilihan untuk melihat isi kandungan yang terdapat di dalam laman web ini dengan mengklik pada link yang terdapat pada setiap paparan muka.
Pengguna yang melawat pada setiap laman boleh kembali pada “home” dengan mengklik sahaja pada link home. Hal ini dapat mengelakkan pengguna daripada terperangkap di mana-mana laman dan ini yang perlu ada pada setiap laman web iaitu pandu arah yang betul.
Setiap pengguna yang menggunakan laman web ini mengatakan tiada apa-apa masalah tentang link yang dibuat kerana mereka tidak teperangkap atau sesat di mana-mana laman yang terdapat di dalam web ini. Pengguna yang telah cuba menggunakan laman web ini member maklum balas yang baik dan memuaskan.

3.   Permukaan design (interface design)
  
Dalam rekabentuk laman web ini, rekaan yang dibuat adalah ringkas dan mudah yang bertujuan untuk setiap pengguna memahami setiap langkah dan penggunannya. Oleh itu, laman ini sesuai digunakan oleh setiap golongan lapisan masyarakat. 
Antara lement yang perlu terkandung dalam sesebuah laman web ialah:
Navigation Bar - Navigasi yang konsisten amat perlu untuk setiap     laman Web. Biasanya Navigation bar diletakkan di atas setiap mukasurat laman Web dan hendaklah konsisten antara satu muka dengan muka yang lain. Tidak kurang juga Navigation berada di sebelah tepi sesuatu laman Web. Terdapat juga laman Web yang membahagikan mukasurat mereka kepada dua bahagian: satu mengandungi Navigation bar dan satu lagi mengandungi isi kandungan yang hendak disampaikan. Rekabentuk begini menetapkan Navigator pada kedudukan asal walaupun butang Navigation berlainan ditekan. Navigation bar yang digunakan tidak terhad kepada teks sahaja. Penggunaan grafik akan menampakkan sesuatu laman Web itu lebih cantik dan menarik. Tidak kira anda menggunakan teks atau grafik apa yang penting ialah, setiap butang Navigation bar itu perlu mewakili sambungan-sambungan yang tertentu dengan jelas dan tidak mengelirukan pembaca. Jika perlu warnakan butang mukasurat yang sedang dilawati dengan warna yang berlainan dengan mukasurat-mukasurat lain atau buatkan ia sebagai butang tidak aktif. Sebagai tambahan masukkan  butang "back" dan "foward" ataupun "previous" dan "next" bagi menyenangkan pembaca. 
Mukasurat profil Sesetengah laman Web tidak mengandungi mukasurat berkenaan siapa mereka dan bagaimana cara pembaca boleh menghubungi mereka. Lebih menghairankan jika laman Web "misteri" itu terdiri dari mereka yang terlibat di dalam penjualan produk atau perkhidmatan. Pembaca tentu sekali berminat malah merasa lebih terjamin mengetahui tentang individu disebalik tabir. Pastikan terdapat sambungan di dalam laman Web anda yang membolehkan pembaca emel anda.
Borang komen - Ruangan komen membolehkan pembaca meminta maklumat diperlukan secara "online" dan tidak perlu menyalin nombor telefon dan menghubungi anda. Sebaliknya anda hanya  perlu menjawab sebarang pertanyaan melalui emel ataupun surat. Bukan setakat tempat mendapatkan informasi, ruangan ini juga bertindak sebagai alat untuk memperbaiki sebarang kelemahan yang terdapat di dalam laman Web. Juga dapat memperlengkapkan informasi-informasi di dalam laman Web berdasarkan komen-komen dari pembaca. 
Kandungan yang menyeronokkan - Pembaca berharap untuk memperolehi informasi yang dikehendaki apabila melawat sesuatu laman Web. Pereka harus membina laman Web yang dapat memberikan pembaca apa yang mereka mahu. gunakan ayat-ayat yang ringkas untuk menarik pembaca tanpa membebankan mereka dengan perkataan-perkataan yang susah. Jika perkataan-perkataan saintifik perlu digunakan, sediakan maksud perkataan itu sekali. Informasi yang lengkap akan menarik pembaca untuk kembali berkunjung ke laman Web tersebut. Ruangan yang disediakan dalam web adalah tidak terhad.


4.   Komen Pengguna.

Pengguna yang telah menggunakan laman web ini telah membuat beberapa komen, antara komen-komen yang diberikan adalah seperti berikut:
Ø  Penggunaan warna kurang menarik.
Ø  Tiada penggunaan falsh dan gambar yang bergerak.
Ø  Tiada video yang dipaparkan di dalam web.
Ø  Tiada penggunaan muzik atau sound pada web.
Ø  Kurang gambar-gambar yang menarik pengguna.
Ø  Kurang informasi yang perlu ada.
Ø  Laman web yang dibuat mudah dan ringkas.

5.   Masalah yang dihadapi.

Dalam membuat Laman web ini, terdapat beberapa masalah yang dihadapi dan perlu di atasi, antara masalah yang dihadapi ialah:
Ø Link yang dibuat pada proses permulaan tidak berfungsi.
Ø Gambar tidak dapat dipaparkan.
Ø Masalah dalam memasukkan gambar yang telah “slash”
Ø Tersalah dalam format yang dibuat dan terpaksa membuat semula laman web yang lain dengan format yang dikehendaki.
Ø Terlalu banyak link yang tidak dapat dibuat, dan terpaksa mengurangkan link dalam laman web ini.


Kesimpulan.
Laman web merupakan satu alat yang digunakan oleh umum untuk pengguna mendapat informasi tentang sesuatu perkara. Secara keseluruannya laman web yang telah dibuat ini sangat mudah dan ringkat untuk digunakan oleh pengguna dan juga mudah difahami. Pengguna dapat menggunakan web ini tanpa perlu diajar dan panduan dari sesiapa. Dengan hanya mengklik pada link-link yang ada di dalam laman web ini, pengguna boleh mendapat informasi tentang Kuching Design Week 2011 Festival.



No comments:

Post a Comment